berita

Disebabkan Menjawab ‘Kaulah Bodoh, Kaulah Gila’ Pemandu Wanita Makan Penumbuk?

May 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai yang tidak tahu berita penuh mengenai video viral seorang lelaki yang menampar seorang perempuan akibat perselisihan faham insiden jalan raya. Sesiapa yang melihat video itu pasti akan membuat konklusi bahawa tindakan lelaki itu seperti orang tidak berakal.

Namun, pasti ada punca sebenar yang terjadi sehingga mengakibatkan kejadian ini berlaku. Bak kata pepatah orang melayu, ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’. Menerusi Mstar, isteri kepada lelaki yang menampar wanita itu, Faridah Mohd Yatim, 38, tampil memberi penjelasan berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu lalu.

Wanita itu tak berhenti dan tak meminta maaf

Dia tampil menjelaskan perkara yang sebenar bukan bermaksud dia menyokong tindakan ganas suaminya itu kerana ianya tetap salah, tetapi dia tampil hanya untuk menceritakan versi penuh kejadian supaya orang ramai tidak terus membuat penilaian daripada video itu tanpa mendengar apa sebenarnya yang terjadi sewaktu itu.

Keluarganya dan suami yang bekerja sebagai chef itu terus dikecam netizen tanpa usul periksa kejadian.

Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.

Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas.

Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dapat dia dihentikan dia menjawab dengan biadab.

Wanita itu menjawab ‘kaulah bodoh, kaulah gila’

Selain itu, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keledar miliknya ke atas kereta wanita tersebut disebabkan terlalu marah.

Suami saya memang panggil wanita itu bodoh kerana memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas ‘kaulah bodoh, kaulah gila’, mungkin itu sebabnya suami saya ‘naik angin’.

Malah wanita itu sendiri cakap ‘aku angkat la telefon sebab ada orang call’ selepas suami saya marah dia guna telefon.

Ya saya akui dia memang baran. Tetapi dia seorang suami dan bapa yang penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yang dia buat tu salah (pukul wanita) dan dia sendiri mengaku salah.

Tambahnya lagi, sikap pemandu wanita itu yang membelok tidak memberi ‘signal’ sambil menggunakan telefon bimbit semasa memandu membuatkan suaminya naik angin. Walaupun suaminya panas baran, tetapi sepanjang 15 tahun mereka berkahwin dan telah mempunyai seorang anak, suaminya tidak pernah naik tangan terhadapnya.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×