berita

Disebalik Kemenangan Skuad Negara, Penyokong Indonesia ‘Mogok’ Rosakkan 44 Kerusi Stadium

November 20th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara pasukan Malaysia dan Indonesia telah berlangsung dengan menyaksikan skuad negara menewaskan pihak lawan dengan jaringan 2-0. Disebalik kemenangan itu, pelbagai insiden telah berlaku termasuklah lontaran suar (flare) dan kerusi penonton juga dilaporkan rosak.

44 kerusi dilaporkan pecah

Sebanyak 44 buah kerusi penonton yang bernilai kira-kira RM11,000 telah dirosakkan penyokong Indonesia ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tindakan seterusnya.

Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

Bukan isu yang besar

Nik Razeen Adam Daud menyifatkan isu ini bukanlah masalah yang besar sehingga perlu mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti terhadap tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak.

Ini bukan isu besar, tidak perlu sampai nak jumpa menteri. Isu ini antara PSM dan FAM, bagaimanapun pada akhirnya menteri akan mendapat laporan penuh mengenai insiden yang berlaku.

Panjangkan perkara ini kepada FIFA

Tambah Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia lagi, pihaknya tiada hak untuk membuat keputusan bagi kerajaan Indonesia bertanggungjawab mengenai masalah ini. Malah, masalah sedemikian adalah tertakluk kepada bidang kuasa FAM.

Jika kerajaan Indonesia tidak bayar ganti rugi, panjangkan perkara ini kepada FIFA. Ia bagi memastikan Indonesia mendapat pengajaran supaya bersikap lebih bertanggungjawab apabila berkunjung ke tempat orang.

Sumber: BH Online, Kamles Kumar

SKIP THIS AD ×