Sekadar gambar hiasan
Di Lembah Subang, seorang lelaki yang menghidap penyakit sawan mengalami trauma selepas menjadi mangsa seks luar tabii seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: Baru Kahwin 9 Bulan, Suami Influencer Kantoi Cabul Pelajar Sekolah?
Artikel Berkaitan: Guru Agama Di Kelantan Didakwa Liwat Tiga Pelajar Tahfiz Sejak 2 Tahun Lalu
Tidak dikenali
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mangsa berusia 19 tahun itu pada mulanya diserang sawan ketika berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.
Selepas mangsa kembali pulih, lelaki itu menceritakan kepada ibunya, sebelum itu dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan lelaki tidak dikenalinya. Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Suspek sudah ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan. Maklumat berkaitan kejadian itu akan diberi dalam kenyataan media esok,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro