Perhatian! Kepada semua kaki shopping, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 kembali lagi dengan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan shoppertainment.
Tawaran ini sah dari 7 Julai 2022 hingga 9 Julai 2022 dengan diskaun sehingga 70% dan potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan timbunan Lazada Bonus. Wow!
Tidak ketinggalan juga, beraneka tawaran istimewa dari ribuan peniaga dan baucar jenama dengan diskaun sehingga 77%, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum serta Crazy Flash Deals serendah RM7.70. Mantap!
Jualan kali ini diharapkan dapat memudahkan jutaan rakyat Malaysia untuk mencari tawaran yang terbaik daripada ribuan jenama dan peniaga di Lazada, perintis eDagang Asia Tenggara.
Mesti korang dah excited nak shopping kan? Jom kita tengok apa lagi yang Lazada tawarkan kali ini.
Lazada bantu PMKS menjana pendapatan menerusi perniagaan atas talian
Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada ini juga berhasrat untuk membantu para peniaga, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk berkembang maju di wadah dalam talian Lazada, dengan memaksimumkan keterlihatan perniagaan mereka, lantas membantu mencapai lebih ramai pelanggan.
Maklumlah sekarang kan, semua orang lebih tertarik untuk shopping secara atas talian sebab mudah, cepat dan yang penting murah!
Yang menariknya, lebih 80% daripada para peniaga yang mengambil bahagian dalam Jualan Mega Pertengahan Tahun kali ini merupakan usahawan PKMS yang bergiat aktif dalam ekonomi digital di Malaysia.
Lazada meneruskan komitmen untuk menyokong para peniaga tempatan yang baharu menceburkan diri di wadah perniagaan dalam talian menerusi Pakej Kickstarter Penjual Baharu Hari-Harimau 2022 sejak awal tahun ini.
Pelbagai insentif termasuk penghantaran percuma, pengecualian komisen bagi membantu mereka menurunkan kos, sambil memberikan sokongan demi membantu para peniaga mengoptimumkan peluang dalam kempen seperti Jualan 7.7, serta berkongsi cara untuk meningkatkan jualan mereka melalui baucar, on-site banner, push notification, tawaran Crazy Flash Sales, dan banyak lagi.
Ini baru betul istilah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’!
Menyedari usaha gigih dalam kalangan peniaga yang giat mencari jalan bagi menarik minat pelanggan tempatan yang semakin celik digital, Jualan Mega Pertengahan Tahun 7.7 ini amatlah sesuai dan bermakna kerana dapat memberi impak kepada semua dengan membolehkan pelanggan tempatan menikmati pembelian yang berbaloi, sekali gus membantu perniagaan tempatan untuk meningkatkan jualan mereka.
Sekiranya korang berminat untuk memulakan perjalanan keusahawanan digital bersama Lazada, korang boleh melayari laman ini untuk pendaftaran sekarang!
Lebih banyak penjimatan dan ganjaran semasa Jualan Mega Lazada Pertengahan Tahun 7.7!
1. LazCoins: Sehingga 15 juta LazCoins untuk ditebus!
Mulai 7 Julai 2022 hingga 9 Julai 2022, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 akan semakin hebat apabila 15 juta LazCoins dikeluarkan setiap hari untuk korang tebus tanpa perbelanjaan minimum yang disyaratkan bagi melayakkan pembeli menikmati pulangan tunai dengan insentif sehingga 77 % dalam bentuk LazCoins.
Ohmaigawd! Korang juga boleh memilih untuk menebus LazCoins sebagai pertukaran untuk ganjaran hebat daripada jenama terkemuka yang bernilai sehingga RM150,000, dari sekarang sehingga 10 Julai 2022.
2. Chup Dulu: Letak deposit untuk dapatkan tawaran terbaik
Korang boleh membuat pra-pesanan set produk eksklusif dan barangan dengan diskaun hebat oleh jenama terkemuka, dengan cara meletakkan 10% deposit yang tidak boleh dikembalikan, dari sekarang sehingga 6 Julai 2022 dan nikmati pulangan sebanyak 200 LazCoins.
Apa yang korang perlu buat ialah, membayar baki selebihya pada 7 Julai 2022, bermula 2 pagi, dan pembelian tersebut akan diproses selepas pembayaran penuh.
3. Tawaran Crazy Brand Mega dan Big Brand Surprise: Pilihan tepat untuk memperbaharui pertengahan tahun
Jualan Lazada 7.7 kali ini membawakan LazMall yang merupakan destinasi jenama yang dijamin tulen oleh Lazada dan akan membawakan tawaran Crazy Brand Mega Offers (CBMO) antara pukul 12 hingga 2 pagi pada 7 Julai 2022 (MALAM INI!) ni untuk korang menikmati tawaran harga luar biasa. Antaranya barang elektronik seperti,
- Bose QuietComfort 35 wireless headphones II (RRP: RM1,559; harga CBMO: RM999)
- OPPO A16 4GB + 64GB (RRP:RM599; harga CBMO: RM514)
- LG 50 Inch NANO75 4K Smart NanoCell TV with AI ThinQ (RRP: RM3,369; harga CBMO: RM2,239)
- Dibea Diamond DC22 3-in-1 Wet Dry Cordless Vacuum Cleaner & Washer (RRP: RM1,155; harga CBMO: RM900)
- Asus Laptop New ExpertBook P2 (RRP: RM1,499; harga CBMO: RM1,284)
Korang juga boleh mengumpul sehingga 7 juta baucar dari pelbagai jenama bernilai RM10 tanpa perbelanjaan minimum, yang akan dikeluarkan setiap hari dari 7 Julai 2022 bagi semua pelanggan LazMall.
Jika korang terlepas diskaun hebat ini pada tengah malam, korang masih boleh merebut tawaran Brand Mega Offers sepanjang hari pada 7 Julai 2022 dengan diskaun sebanyak 50% dari jenama kegemaran korang di LazMall.
4. Lazada Bonus: Diskaun RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100
Dari 7 Julai 2022 hingga 9 Julai 2022, korang yang membeli produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus boleh menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian RM100.
Apa yang best nya, tentang Lazada Bonus ini ialah korang boleh menggandakannya dengan baucar-baucar lain untuk lebih penjimatan, sekaligus membolehkan korang menikmati pembelian yang lebih berbaloi.
5. Lazada Wallet: Tambah nilai dan menang sehingga RM 1,177
Sepanjang bulan Julai ni, korang boleh menambah nilai sebanyak RM50 ke dalam Lazada Wallet untuk proses check out dengan lebih lancar dan mudah, di samping berpeluang untuk memenangi sehingga RM1,177 melalui halaman Tambah Nilai Balloon Blast.
Korang juga boleh menggunakan kredit Lazada Wallet untuk membayar bil utiliti, dan diskaun sebanyak 27% dengan perbelanjaan minimum RM20.
6. Lazzie Hunt: Ganjaran memburu bernilai sehingga RM2,000,000
Psst…Kalau nak tahu bermula 1 Julai 2022 hingga 18 Julai 2022, korang berpeluang untuk mengumpul Lazzie edisi istimewa dengan pelbagai cara, termasuklah dengan pembelian di Lazada, menambah nilai ke dalam Lazada Wallet, menjemput rakan-rakan, dan mengimbas kod QR menerusi jenama yang mengambil bahagian di seluruh negara, seperti cawangan terpilih Caltex, Maxis dan CIMB Bank.
Lazzie edisi istimewa ini kemudian boleh ditebus untuk ganjaran yang lebih hebat, termasuk Rebat Wallet, Baucar Penghantaran Percuma, Lazada Bonus dan hadiah berjenama!
Terdapat kuiz khas yang akan diadakan menerusi Lazzie Hunt setiap hari pada jam 8 malam, dengan hadiah bernilai sehingga RM77,777 untuk dimenangi.
Tidak ketinggalan untuk korang yang aktif bersukan tu, korang boleh try Lazzie Walk yang merupakan fungsian terbaharu dalam Lazzie Hunt di aplikasi Lazada.
Fungsi ini membolehkan korang untuk menubuhkan sebuah pasukan bersama kawan-kawan untuk menjejak langkah mereka dan memperolehi ganjaran dan berpeluang memenangi baucar jenama sukan serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Jangan lupa dapatkan barangan keperluan sukan di LazSports untuk menikmati penjimatan yang berganda untuk setiap pembelian.
7. Laz Halal: Destinasi Dalam Talian Untuk Produk Yang Sah Diperakui Halal
Lazada Malaysia baru-baru ini telah melancarkan ‘Laz Halal’ bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan produk yang telah disahkan mempunyai pensijilan Halal JAKIM.
Para pelanggan boleh dengan senang klik di ikon ‘Laz Halal’ di halaman utama aplikasi Lazada Malaysia dan layari beraneka pilihan produk yang sah diperakui Halal, untuk shopping barangan keperluan Raya Haji atau boleh juga add to cart lepas Aidiladha.
Mid-Year Mega Show dari Lazada 7.7!
7 Julai 2022 pukul 9 malam ini, korang semua boleh menonton Mid-Year 7.7 Mega Show di LazLive dan laman rasmi Lazada di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok untuk menyaksikan selebriti terkenal secara langsung, seperti Nabila Razali, Anis Nabilah, Yaya Zahir, Intan Serah, Mark O’Dea, Neeta Manis, dan ramai lagi.
Bintang-bintang tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ‘Team Revamp’ dan ‘Team Refresh’ yang akan bertanding sesama sendiri bagi merebut tawaran yang terbaik untuk penonton.
Korang yang menonton pun berpeluang memenangi hadiah yang menarik seperti, iPhone 13 Pro Max, sebanyak 70,000 LazCoins, dan baucar bernilai RM30,000 tau.
Memang luar biasa Lazada 7.7 kali ini! Jadi tunggu apa lagi, cepat muat turun aplikasi Lazada di Apple Appstore, Google Playstore dan HUAWEI AppGallery untuk menikmati semua tawaran hebat ini.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Lazada.