berita

DisneySea, Disneyland Tokyo Tutup Dua Minggu Kerana Covid-19

February 28th, 2020 | by Wan
Travelogue

Ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Jepun, dua lokasi pelancongan terkenal yang diusahakan oleh Disney di Tokyo, Disneyland dan DisneySea mengumumkan penutupan selama dua minggu bermula 29 Februari sehingga 15 Mac 2020.

Dijangka buka semula 16 Mac

Walaupun dijadualkan dibuka semula pada 16 Mac, pihak pengendali taman tema tersebut, The Oriental Land Codalam satu kenyataan memaklumkan akan memantau perkembangan semasa wabak ini.

Kita rancang untuk buka semula pada 16 Mac tapi semuanya terpulang kepada situasi semasa. Kami akan dapatkan nasihat daripada agensi kerajaan.

Jepun kini merupakan antara negara dengan kes positif COVID-19 tertinggi di dunia iaitu sebanyak 214 kes dan telah mengorbankan 4 nyawa.

Sumber: japantimes

SKIP THIS AD ×