Di Instagram Story, penyampai radio, Fizi Ali berkongsi sebuah hantaran di mana ada seorang individu didakwa memfitnah dirinya berhubung isu anak.
Artikel Berkaitan: ‘Lari La Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing’ – Fizi Ali
Berat fitnah ni dik
Menurut individu berkenaan, dia tidak faham mengapa Fizi Ali mahu berebut Ameena daripada bekas isterinya sendiri iaitu Shakilla Khoriri. Individu tersebut turut melemparkan dakwaan di mana Fizi pernah curang sebelum ini.
Terkejut dengan posting berkenaan, Fizi bertindak ‘repost’ semula posting individu tersebut di media sosialnya. Ujar Fizi, fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu sangat berat.
Terdahulu, penyampai radio Hot Fm ini memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu yang sedang berlaku di mahkamah. Manakala Shakilla pula menafikan dakwaan dia sengaja memisahkan Fizi dengan anak tunggal mereka.