berita

Diugut & Difitnah Mabuk Ketika Memandu, Haidar Hasanudin Ambil Tindakan Undang-Undang

March 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon meningkat naik Haidar Hasanudin telah melantik peguam dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengugut serta memfitnah dirinya memandu dalam keadaan mabuk semasa insiden kereta baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Peniaga Dibelasah 10 Lelaki Mabuk Sampai Mati

Artikel Berkitan: [VIDEO] Dikecam Baca Bismillah Sebelum Teguk Beer, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan

Bukan di bawah pengaruh minuman alkohol

Menerusi laman Instagram (IG), Haidar telah memuat naik satu kenyataan media berhubung kes kemalangan yang berlaku.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Haidar, kemalangan tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan dia mengakui kelalaiannya ketika memandu serta telah membuat permohonan maaf kepada individu terlibat.

Kami mengesahkan bahawa anak guam telah terlibat di dalam satu kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Mac 2023. Kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa tetapi hanya melibatkan kerosakan terhadap kedua-dua buah kenderaan.

Anak guam kami dengan penuh tanggungjawab telah mengakui kesilapannya terhadap individu yang terlibat tersebut, memohon maaf dan telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak PDRM mengikut saluran undang-undang yang benar.

Namun, dalam kenyataan yang sama Haidar menafikan bahawa dia memandu di bawah pengaruh minuman alkohol seperti mana yang disebarkan.

Anak guam kami menafikan sekerasnya bahawa dirinya telah memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan. Anak guam kami telah memberikan segala kerjasama kepada pihak PDRM. Anak guam kami tidak pernah ditangkap, tidak ditahan reman dan tidak disiasat kononnya di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan.

Berikutan kemalangan itu, pelakon tersebut telah mengalami kecederaan iaitu retrograde amnesia yang berkemungkinan berpunca daripada hentakan beg udara.

Susulan daripada itu, anak guam kami juga telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan pegawai perubatan juga telah mengesahkan bahawa anak guam mengalami retrograde amnesia ketika itu yang berkemungkinan berpunca daripada hentakan airbag di kepalanya.

Terdapat unsur ugutan

Berdasarkan kenyataan media tersebut, pelakon telefilem ‘Angah’ itu telah diugut oleh individu berkenaan bagi menjelaskan ganti rugi di luar pengetahuan pihak polis dan juga tanpa membabitkan pihak insuran.

Namun, kereta milik individu tersebut didapati tidak mempunyai pelindungan insuran selain cukai jalan yang sudah tamat tempoh.

Walau bagaimanapun, anak guam kami kemudiannya telah dihubungi oleh individu tersebut yang meminta untuk berjumpa bagi menyelesaikan kos pembaikan kenderaan dengan cara membayar ganti rugi tanpa melibatkan pihak PDRM. Anak guam kami tidak dapat bersetuju dan meminta agar kesemua pihak mengikut saluran undang-undang yang betul dengan cara membuat laporan polis dan membuat tuntutan daripada syarikat insurans.

Malangnya kenderaan individu tersebut tidak mempunyai perlindungan daripada syarikat insurans serta mempunyai cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Susulan itu, Haidar telah membuat laporan polis berikutan unsur-unsur ugutan yang diterimanya

Rentetan daripada kejadian itu, anak guam telah membuat laporan polis bahawa terdapat unsur-unsur ugutan yang diterimanya daripada individu tersebut yang berang apabila anak guam tidak mahu menyelesaikan hal ini mengikut kemahuannya tanpa melalui syarikat insurans.

Dalam pada itu, individu terbabit juga telah mencalarkan reputasi Haidar sebagai pelakon dengan menghubungi beberapa rakan selebriti dan pihak media.

Individu tersebut juga telah menerbitkan beberapa hantaran di beberapa platform media sosial dengan memuatnaik gambar-gambar, video dan ucapan-ucapan fitnah bahawa kononnya anak guam memandu dalam keadaan separa sedar dan tidak bertanggungjawab, serta telah menghubungi beberapa rakan artis dan pihak media yang lain bagi maksud untuk menjatuhkan reputasi anak guam sebagai penggiat seni yang sedang bertapak di dalam industri seni dan kreatif.

Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat menyebarkan tohmahan jahat ini mengikut lunas undang-undang negara.

Terdahulu, Haidar telah terlibat dalam sebuah kemalangan dan melanggar sebuah kereta pada 15 Mac lalu sehingga menyebabkan kerosakan pada kereta tersebut. Difahamkan adik kepada pemandu kereta tersebut telah mendakwa pelakon itu cuba mengelak daripada membayar ganti rugi sebanyak RM3000 kepada abangnya.

Sumber: Instagram, BOOM!

SKIP THIS AD ×