berita

ASNB Umum Agihan Pendapatan ASB 7.50 Sen Seunit

November 18th, 2014 | by Wan
Kini Trending

ASB-logo-1

Sebentar tadi Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 7.50 sen seunit serta bonus 1 sen seunit bagi Skim Amanah Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. So macam mana suka ke tidak?

Bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan, kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015.

Dikreditkan Secara Automatik Mulai 2 Januari

Untuk korang yang mempunyai kawan yang ada akaun ASB ini, kami sarankan start berbuat baik dengan dia mulai sekarang sebab pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik bermula 2 Januari 2015. Nampak tak permainan dia.

duit-banyak

Penurunan 0.2% Plan Jangka Panjang

Menurut PNB lagi, mereka boleh bayar lebih 10 sen, tetapi mengambil pendekatan berhemah iaitu 7.5 sen diberi dan selebihnya dibawa kehadapan untuk tentukan perancangan seterusnya kerana portfolio jangka panjang bagi pulangan kompetitif.

Untuk rekod, dividen ASB untuk tahun lalu ialah 8.7 % (Dividen 7.7 Sen seunit, bonus 1 Sen seunit).

tahun lepas

Rekod Dividen ASB Sebelum Ini

Kepada golongan bumiputera di luar sana yang belum memiliki ASB, korang digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen yang diberikan biasanya lebih daripada 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa.
analisis
Sumber Berita : Astro Awani
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×