Pendedahan berani Dato’ Fazley Yaakob mengenai ibu mertuanya, Rosmah Mansor menggegarkan media sosial beberapa hari lalu.
Walaubagaimanapun, bersempena Hari Ibu pada hari ini, Fazley menujukan ucapan khas untuk bekas Wanita Pertama Malaysia itu.
Ucap Hari Ibu di Instagram
Fazley mendedikasikan ucapan hari ibu untuk ibunya, ibu kepada anak-anaknya dan ibu mertua.
Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya
Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi
Terima kasih untuk 13 tahun penuh keindahan
Penyanyi yang mencipta nama dengan lagu Asmara Ini berkenaan juga mengucapkan penghargaan kepada isterinya yang 10 kali keguguran dan bersabung nyawa untuk 4 cahaya mata mereka.
Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyushdan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad
Moga kita bertemu suatu hari nanti
Turut tidak ketinggalan, Fazley juga menujukan ucapan itu kepada ibu mertuanya. Menurutnya, doa kepada wanita itu tidak pernah putus-putus sepanjang 13 tahun perkahwinannya dengan Azrene. Fazley juga menambah, walau apa jua berlaku, hubungan ibu dan anak takkan pernah terputus.
Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!
Sumber: Fazley Yaakob