Sebelum ini, viral di media sosial mengenai seorang jejaka yang dikenali sebagai Naquib Hasief. Jejaka ini telah memuat naik ‘resume’ di Twitter untuk mencari bakal calon isterinya.
Artikel berkaitan: ‘Resume’ Doktor Muda Cari Calon Isteri Tarik Perhatian
Susulan daripada itu, bakal doktor ini telah menerima lebih 200 permohonan daripada wanita yang hendak menjadi calon isterinya.
Rupa paras bukan keutamaan
Setakat hari ini, saya menerima lebih 200 mesej daripada wanita hingga membuatkan telefon bimbit saya mengalami gangguan. Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk membalasnya. Namun jika ada mesej yang terlepas pandang, saya mohon maaf.
Rupa paras bukanlah keutamaan saya, yang penting wanita itu berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri selain serasi dengan keluarga saya. Sebenarnya, bukanlah niat mahu menjatuhkan maruah atau mempermainkan perasaan kaum hawa dengan cara macam ini, saya cuma mencuba nasib dan serius mencari calon isteri kerana mungkin sudah tiba masanya. Walaupun begitu, saya serahkan segala-galanya kepada Allah dan ‘follow the flow’ kerana perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dulu.
Menurut Naquib, ramai wanita telah menghubunginya menerusi Direct Message (DM) di Instagram. Namun, dia tidak sempat untuk membalasnya. Tambahnya, dia akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan iaitu keserasian serta gerak hatinya selain mendapat restu keluarga.
Sekadar suka-suka
‘Resume’ yang menceritakan perihal diri itu sebenarnya saya buat sekadar suka-suka untuk ‘presentation’ kelas Continuous Medical Education yang dihadiri di Kuala Lumpur. Kebetulan waktu itu saya tidak membawa komputer riba membuatkan saya memuat naik aplikasi di telefon bimbit untuk melakukan tugasan itu sebelum timbul idea mencari calon isteri dan memuat naiknya di Twitter.
Naquib yang menetap di Skudai, Johor, turut memaklumkan ibu bapanya tidak pernah mendesak mengenai pasangan hidup. Bahkan, apa yang berlaku sememangnya tidak dirancang. Ujarnya lagi, apa yang dilakukan tidak salah kerana dirinya masih bujang. Pada masa yang sama, dia tidak menyangka perkongsian yang dilakukan telah menarik perhatian seluruh masyarakat.
Sumber: Harian Metro
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- ‘Dia Ada Suami, Sebagai Bapa Saya Tidak Boleh Ikut Campur Dengan Tanggungjawab Suami Dia’ – Iwan - 08/11/2024
- Dahlia Rizal Bagi Hadiah Ducati Scrambler Untuk Suami Sempena ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Perlu Adik Angkat Tak?’ - 08/11/2024
- ‘Itu Bukan Baby Bump!’ – Ayu Damit Jawab Dakwaan Sedang Hamil - 08/11/2024