Sekadar gambar hiasan
Seorang doktor sedang disiasat selepas dilaporkan memanjat perut ibu hamil dan menarik kepala bayinya keluar semasa bersalin di Hospital das Clinicas da UFMG yang terletak di kawasan kejiranan Santa Efigenia, Belo Horizonte, Brazil.
Artikel Berkaitan: Jururawat Cuai ‘Tergunting’ Jari Kelingking, Bayi 8 Bulan Bakal Cacat Seumur Hidup
Artikel Berkaitan: Bidan Didakwa Cuai, Bapa Jadi Saksi Kepala Bayi Terputus & Tertinggal Dalam Perut Isteri
Artikel Berkaitan: Tiada Bekalan Elektrik Masa Bersalin, Telinga Bayi Hampir Terputus Doktor ‘Operate’ Guna Lampu Telefon Bimbit
Doktor naik ke perut
Menerusi laporan Daily Mail, ibu kepada bayi tersebut, Ranielly, hadir ke hospital pada usia kandungannya mencecah 28 minggu. Ranielly bimbang dengan tekanan darah tingginya, sebelum doktor memaksa bersalin tujuh hari kemudian.
Ketika proses kelahiran, pakar obstetrik meminta bapa kepada bayi tersebut untuk memerhatikan prosedur kelahiran isterinya dengan teliti.
Difahamkan, bayi tersebut masih hidup dan sihat kerana mulut bergerak dan matanya berkedip ketika itu.
Dalam kejadian menyedihkan, doktor naik ke atas perut wanita mengandung itu untuk cuba menarik bayi keluar sehingga kepala bayi tersebut terputus.
Berhubung isu berkenaan, pihak hospital didakwa memaksa keluarga mangsa menandatangani dokumen dengan tujuan untuk menyembunyikan insiden traumatik tersebut.
Walau bagaimanapun, selepas membuat laporan polis, pihak hospital membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa serta menanggung segala perbelanjaan bagi pengebumian bayi tersebut.
Sumber: Daily Mail