Di Instagram Story, penyanyi Afieq Shazwan memberitahu ibunya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor sejak Khamis lalu selepas mengalami demam.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Adegan Mesra Dengan Fasha Sandha, Afieq Shazwan Akui Sedikit ‘Down’ – ‘Saya Akan Lebih Memilih Babak Untuk Jaga Sensitiviti’
Doakan mama
Menurut Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, ibunya masih berada di bawah pemantauan doktor.
Keadaan emak sekarang masih dalam pemantauan doktor. Doktor pun tak tahu virus apa, setiap empat jam kena ambil darah, tapi sekarang keadaannya bertambah baik dan belum boleh balik ke rumah.
Risau jugalah sebab emak tak pernah masuk hospital, jadi selepas mengadu demam pada Sabtu lalu, saya terus balik dan bawa ke klinik. Kemudiannya, klinik minta bawa emak ke hospital.
Tambah Afieq, sebelum ini, ibunya pernah mengalami luka teruk pada bahagian kaki kanan akibat digigit serangga. Katanya, kejadian itu berlaku ketika ibunya sedang berkebun di belakang rumah.
Bagaimanapun, luka gigitan semakin pulih selepas menerima rawatan, namun doktor yang merawat ibunya ingin memastikan jangkitan dihadapi tidak serius.
Kaki kanan digigit serangga, mungkin juga sebab gigitan ini emak demam. Kami ingat emak kena denggi sebab platlet darah emak rendah menurun sehingga 50. Tapi, sekarang platlet darahnya sudah naik.
Sumber: BH Online