berita

Dr Noor Hisham Nafi Laporan Hospital Serdang Beri Vaksin Covid-19 Kepada ‘Influencer’ Dahulu

February 25th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Hospital Serdang akan memberikan vaksin-19 kepada beberapa orang influencer.

Vaksin ikut keutamaan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berita ini dan ianya adalah palsu dan tidak benar. Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak Hospital bercadang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan (frontliners) yang lain.

Ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko COVID-19 dan kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan. KKM ingin menegaskan bahawa pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Isu ‘memotong barisan’ (cutting queue) bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ianya akan disiasat untuk tindakan.

Sumber: KKM

SKIP THIS AD ×