Umum sedia maklum, semua acara melibatkan pernikahan di sekitar zon merah seperti Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor aperlu mengikut SOP yang ditetapkan. Begitulah peninjauan SOP yang telah dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad di masjid di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum berlangsungnya acara akad nikah.
Artikel berkaitan: Bakal Pengantin Di Kuala Lumpur & Putrajaya Boleh Kahwin Semasa PKPB
Dr Zulkifli menerusi akaun rasmi Twitter berkongsi rasa terkejut apabila dimaklumkan nama pengantin pada majlis akad nikah tersebut ialah Erra Fazira. Rupa-rupanya…
Ingatkan pelakon Sembilu tu..
Acara pernikahan pasangan pengantin Erra Fazira dan suaminya telah mematuhi SOP yang ditetapkan. Malah, acara tersebut tidak melebihi 20 minit dengan kehadiran tetamu yang minima.
Dr Zulkifli bagaimanapun terkejut apabila menerima undangan untuk menghadiri ke majlis pernikahan ‘Erra Fazira’ yang dikenali menerusi filem Sembilu. Rupa-rupanya hanya nama sahaja sama, individunya berbeza.
Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI. Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu tu.
Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Meninjau SOP
Saya sempat meninjau SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan – alhamdulillah – saya amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan.
Insya-Allah saya akan umumkan SOP Akad Nikah terbaharu bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat.
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 5, 2020
Sebelum acara pernikahan berlangsung, Dr Zulkifli sempat meninjau tapak majlis akad nikah bagi memastikan pihak JAWI benar-benar mematuhi SOP yang ditetapkan. Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan taklimat SOP tersebut dan akan mengumumkan panduan pernikahan norma baharu tersebut dalam masa terdekat.
Sumber: Dr Zulkifli Bakri