berita

Drama Cukup Derita Itu 2 Kembali Ditayangkan, Adakah Kebahagiaan Ellani Bakal Direntap?

November 22nd, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Drama Samarinda Cukup Derita Itu 2 kini kembali menemui para penonton bermula 15 November yang lalu dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Cukup Derita Itu merupakan karya daripada Siti Rosmizah dan boleh ditonton menerusi saluran TV3, Tonton serta perkhidmatatan penstriman iQiyi.

Artikel Berkaitan: Drama Terbaru ‘Cukup Derita Itu’ Ni Dari Pengarang Novel Yang Sama 7 Hari Mencintaiku! Mesti Sama Best!

Artikel Berkaitan: Baru Je Episod 1, Ramai Yang Dah Meluat Dengan Mak Ngah Dalam Drama ‘Cukup Derita Itu’

Sebelum ini, drama bersiri 40 episod terbitan SR One Sdn. Bhd. terpaksa menghentikan siarannya ketika episod ke-20 berikutan sesi penggambaran tidak dapat diteruskan ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Cukup Derita Itu 2

Untuk pengetahuan korang, Cukup Derita Itu 2 telah diarahkan oleh Along Kamaludin dan dibarisi pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Fahrin Ahmad, Farhan Asri, Lia Natalia, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi.

Bahagia yang diingini, namun duka yang menemani…

Drama ini mengisahkan Ellani (Ruhainies) yang berkahwin dengan Zarul (Hisyam Hamid) walaupun dia tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki yang hampir menikahi kakak kembarnya, Ellana (Chacha Maembong).

Apa yang lebih menyedihkan, sejak kecil lagi Ellani dan Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) tidak menerima layanan yang sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayani seperti hamba.  Namun, mujurlah kehadiran Datin Mahani dan Salwa yang menjadi tempat Ellani bertumpah kasih sayang dan simpati.

Konflik timbul bermula….

Konflik drama ini bermula apabila Zarul yang sepatutnya berkahwin dengan Ellana dikatakan berubah hati selepas terlibat dalam sebuah kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekali gus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana. Bukan itu sahaja, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani.

Susulan daripada itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Bagaimanapun, Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani.

Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya. Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul dengan cara apa pun, hanya untuk memastikan Ellani terus menderita dalam hidupnya. Dalam pada masa yang sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya.

Kalau korang nak tahu apa kesudahan Cukup Derita Itu 2, jangan lupa saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, Tonton serta perkhidmatatan penstriman iQiyi.

SKIP THIS AD ×