berita

Drama Meruntun Jiwa Yang Mana Bakal Dinobat Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018?

November 1st, 2018 | by Wan
Shout Out!

Anugerah Skrin 2018 (ASK) 2018 semakin hampir ke kemuncaknya. ASK yang sudah memasuki edisi ke 22 akan dipacarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi TV3 pada 2 November ini, jam 9 malam.

ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal. Korang semua dah ready ke? Berikut kami senaraikan beberapa perkara menarik tentang ASK 2018 kali ini.

Drama terbaik

Sebanyak 12 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik pada malam kemuncak anugerah itu nanti. 12 drama berkenaan ialah 4K, Abang Kandung, Aku Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan, Fatonah Azali, Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa, Pendosa Ingin Ke Syurga, Qalbu dan Tulus Cinta. 

Antara drama menyentuh hati yang mendapat perhatian penonton ialah drama Fatonah Azali. Telefilem ini mengisahkan Azali (Redza) yang terpaksa menjaga seorang gadis terencat akal bernama Fatonah (Nad), yang jauh lebih muda darinya. Selain itu, drama Qalbu lakonan mantap Fasha Sandha juga disebut-sebut antara drama yang bakal memenangi kategori ini.

Drama Rantaian Terbaik pula disaingi Andainya Takdir 2, Isteri Untuk Diikhtiraf, Nafas, Nur, Raisha dan Teratai Kemboja. Sementara itu untuk kategori bahasa Cina ialah Green Wall, Growth Behind The Sun, Persona 2, The Men In Black School dan The Memoir of Majie.

Tiada hos utama

ASK kali ini turut menampilkan kelainan di mana tiada hos utama bagi mengendalikan malam anugerah itu nanti tetapi 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar diberi tugas untuk mengemudi acara penuh prestij ini.

Acara karpet merah akan bersiaran secara langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9.00 malam di ntv7. Buat anda yang tak berkesempatan menonton di televisyen, acara karpet merah ini juga boleh ditonton di laman sosial Facebook ntv7 Malaysia.

Persembahan artis terkenal

Bagi merancakkan lagi malam penuh gemilang ASK itu nanti, artis terkenal tanah air seperti Wany Hasrita, Ernie Zakri & Shiha (tribute Allahyarham Pak Ngah), Jaclyn Victor & Elvira (persembahan Koir), Altimet ft. Amelia Henderson, Raja Shahiran & Shawn Lee (nyanyian Rap),  Andrew Lee (silap mata), Alpha Movement (Parkour) dan OAG yang akan menggamatkan Dewan Merdeka, PWTC.

Senarai kategori

Berikut merupakan senarai kategori yang akan dipertandingkan di malam kemuncak ASK 2018 nanti. Menarik untuk disaksikan!

1. Drama Terbaik

2. Pengarah Terbaik Drama

3. Lakon TV Terbaik

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama

8. Drama Rantaian Terbaik

9. Pelakon Komedi Terbaik

10. Drama Komedi Terbaik

11. Videografi Drama Terbaik

12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)

13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)

15. Rancangan Majalah Terbaik

16. Rancangan Realiti Terbaik

17. Rancangan Anugerah Terbaik

18. Filem Terbaik

19. Lakon Layar Terbaik

20. Pengarah Terbaik Filem

21. Pelakon Wanita Terbaik Filem

22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem

23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem

24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

SKIP THIS AD ×