Seorang lelaki berstatus duda ditemui mati tergantung di kediamannya di Presint 11, Putrajaya, semalam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Hantar Gambar Kain Tergantung Pada Kipas Dekat Tunang, Lelaki Hilang Lepas Cuba Bunuh Diri
Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Nepal Dengan Kesan Kelar Di Pergelangan Tangan Ditemui Atas Bumbung
Dilihat oleh jiran
Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 10.10 pagi itu, mangsa dipercayai merupakan seorang penjawat awam yang berusia 43 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, insiden ini dilaporakan oleh jirannya kira-kira jam 10.22 pagi selepas dia ternampak seorang lelaki tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumahnya.
Susulan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikejarkan ke lokasi, kemudian memecah masuk ke kediamannya pada 10.58 pagi sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.
Hasil siasatan, jiran memaklumkan kali terakhir melihat mangsa pada Sabtu lalu kira-kira 10 pagi dalam keadaan sihat. Malah, melalui siasatan pasukan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kesan kecederaan.
Bagaimanapun, A. Asmadi memaklumkan, mangsa mempunyai rekod kesihatan mental dan laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya kerana mengalami penyakit Bipolar Disorder serta sedang menerima rawatan di klinik berkenaan sejak September lalu.
Mangsa juga ada mengambil ubat rawatan jenis Risperidone (ubat yang membantu dengan gejala beberapa keadaan kesihatan mental seperti Skizofrenia). Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Sumber: Harian Metro