Walaupun bersama dengan seorang mahram, namun umat Islam sepatutnya mengambil serius dengan batas pergaulan dan aurat antara sesama sendiri.
Begitulah cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita yang difahamkan tinggal sebumbung bersama suami dan ibunya.
Artikel Berkaitan: ‘Isteri & Mak Mertua Mengamuk Sebab Aku Letak 25% Hibah Dekat Dia, Peratus Lain Nama Adik-Beradik Aku’
Artikel Berkaitan: ‘Depan Orang Terpaling Acah Baik Mak Mentua Dari Syurga Tapi Hakikatnya Dari Neraka! Sibuk Atur Hidup Aku & Suami’
Ibu mentua pakai seksi
Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, seorang wanita berkongsi sikap ibunya yang berpakaian kurang sopan di depan suaminya.
Menurut wanita berkenaan, dia dan suami menumpang di rumah ibunya sementara menunggu rumah mereka siap untuk dihuni.
Ibu saya jenis yang selalu pakai singlet, berkemban dan sebagainya. Kami sebagai keluarga tiada masalah.
Cuma saya baru berkahwin dan kami mengambil keputusan untuk duduk rumah ibu sementara tunggu rumah kami siap.
Tapi ibu saya masih berpakaian sebegitu depan menantu. Pakai singlet dan tak pakai baju dalam.
Tambahnya, dia buntu untuk menegur ibunya agar mengenakan pakaian yang lebih tertutup di hadapan menantu.
Berikutan dengan itu, dia hanya berharap agar rumah mereka segera siap untuk dipindah masuk.
Reaksi netizen
Sumber: Aplikasi X