berita

Tarian Dolla Curi Perhatian, Pakaian Seksi Jadi Sorotan Mata Netizen Lagi

November 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sebut sahaja mengenai kumpulan pop terkenal, Dolla sudah tentunya mereka dikenali kerana sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang bertaraf antarabangsa.

Bukan itu sahaja, kumpulan yang terdiri Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya juga sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sehinggakan menjadi bualan orang di media sosial.

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’

Pakaian menjolok mata

Terbaharu, Dolla sekali lagi menerima kecaman netizen selepas video tarian mereka sewaktu pelancaran album mereka yang berjudul ‘New Classic’ tular di media sosial.

Menerusi video yang tular itu, Dolla dilihat mempersembahkan lagu terbaharu mereka yang bertajuk ‘Classic’.

Apa yang mencuri perhatian ialah, keempat-empat ahli kumpulan pop tersebut dilihat mengenakan pakaian yang menjolok mata iaitu berskirt pendek paras peha.

Respon netizen

Pakaian Dolla Dikecam

Pakaian Dolla Dikecam

Pakaian Dolla Dikecam

Pakaian Dolla Dikecam

Menjengah ke ruangan komen di sebuah laman portal hiburan, rata-rata netizen mengecam pakaian yang digayakan kumpulan Dolla sambil menyifatkan mereka tidak sensitif dengan isu yang menimpa rakyat di Palestin.

Mereka juga berpendapat pakaian yang digunakan penghibur dari luar negara ketika melakukan persembahan di Malaysia lebih sopan berbanding Dolla.

Sementara itu, pihak pengurusan Dolla juga tidak membenarkan rakan-rakan media untuk bertanyakan sebarang soalan lain selain mengenai album yang dilancarkan pada malam Selasa.

SKIP THIS AD ×