berita

‘Dulu Ingat Akan Jadi Anak Tunggal’ – Lara Alana Tak Sabar Nak Jumpa Adik

February 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Scha Alyahya selamat melahirkan cahaya mata keduanya semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh Scha sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Artikel berkaitan: ‘Wow, Macam Tak Pregnant Je..’ – Kongsi Pengalaman Hamil Tapi Penampilan Scha Alyahya Pula Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan: ‘Welcome To The World Baby L’ – Scha Alyahya Selamat Bersalin Baby Girl

Terbaru, Scha memuat naik satu posting di mana dia meluahkan perasaan sayang terhadap anak sulungnya iaitu Lara Alana. Menurut Scha, Lara banyak mengajar dan mengubah kehidupannya sebelum ini.

The hardest part

You were the first time I did all the mommy things. You have taught me a lot and changed me in the best possible way. Thank you for showing me the way . I will always, and forever love you, my first born.

Menurut Scha, Lara banyak mengajarnya tentang bagaimana menjadi seorang ibu yang baik. Tambahnya, kehadiran Lara dalam hidupnya dan Awal selepas mendirikan rumah tangga, ternyata mengubah kehidupan mereka suami isteri. Scha turut meluahkan perasaan sayang terhadap cinta hati pertamanya itu.

Ingat akan jadi anak tunggal

Dulu Lara ingat akan jadi anak Tunggal, tak sangka di umur 6 tahun ni Allah kasi rezeki jadi kakak. Tengok adik for the first time, Lara terus jatuh hati. Tak sabar nak sambut Adik balik rumah. MCO ni banyak menduga kita. Lara tak dapat pergi hospital, Lara tak dapat tengok dan cium Adik depan depan. Lara tak dapat nak Bau Adik. Daddy kata bau Adik best. Cuma dapat tengok dari screen computer je. Tapi Mommy kata muka Adik saling tak tumpah muka Lara masa kecil. Letak sebelah memang tak dapat beza! Tak sabar nak tunggu 18 haribulan ni.

Sementara itu, Lara turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi kakak. Tambahnya, dia tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya itu. Menerusi posting tersebut, Scha dipercayai bakal pulang ke rumah pada 18 Februari ini. Jelas Scha, wajah anak keduanya itu sama seperti Lara sewaktu kecil.

Sumber: Scha Alyahya & Lara Alana 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×