Pernah berkongsi menu nasi goreng strawberi sebelum ini, nama Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan sekali lagi mencuri perhatian berikutan berkongsi menu baru yang dianggap istimewa daripada kebiasaan. Memang rare!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Geli Hati Tengok Ahmad Maslan ‘Tebas’ Rumput Panjang Guna Parang, ’Baik Guna Mesin Je’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Gelak Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir
Artikel Berkaitan: Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan Bikin Kecoh, Syed Saddiq Gelar ‘Jenayah Lagi Besar 1MDB
Nasi goreng tauge
#NGAM #NasiGoreng Ahmad Maslan utk berbuka puasa #Ramadan ini
Nasi Arab + Nasi Putih digoreng dgn cebisan ikan masak sambal, ayam masak rendang dipotong kecil, taugeh, sawi, kobis, perisa, garam, minyak sawit. Utk buka puasa seisi keluarga.
Syukur Alhamdulillah pic.twitter.com/8oBZk5lso3
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) April 5, 2022
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Ahmad Maslan berkongsi juadah berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Bukan itu sahaja Setiausaha Agung UMNO ini, turut memperincikan bahan-bahan yang digunakan olehnya dan resipi tersebut boleh dipraktikkan oleh orang ramai.
Bagaimanapun apa lebih menarik perhatian apabila nasi goreng tersebut ditambah sayur tauge yang dianggap luar daripada kebiasaan.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut meraih perhatian daripada wargamaya yang turut ‘pelik’ dan teruja dengan resipi yang dikongsi.
Respon netizen
Sumber: Ahmad Maslan