berita

‘Dulu Saya Benci Perpisahan, Kini Mengerti Perpisahan Itu Indah’ – Puteri Sarah

June 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu, pada Rabu.

Artikel Berkairtan: Semua Kes Tuntutan Syamsul & Sarah Selesai, Termasuk Saman Ira Kazar

Artikel Berkairtan: [VIDEO] Syamsul Doa Puteri Sarah Jumpa Jodoh Dengan Lelaki Baik

Faham erti perpisahan

Selang beberapa jam selepas keputusan perceraian tersebut, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, dilihat memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati di laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, aktres itu berkata dia kini memahami akan erti perpisahan yang sebenar serta lebih berlapang dada.

Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu. Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.

Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni – takut akan segalanya.

Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah.

Tambah pelakon drama Andainya Takdir Itu lagi, setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah.

Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin-Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu.

Terdahulu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Rabu.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.

Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×