Musim durian telah tiba. Pergi sahaja ke mana-mana pasti akan terjumpa peniaga durian di tepi-tepi jalan. Kelazatan isi dan aroma yang memukau dari durian membuatkan orang ramai tergila-gilakannya.
Namun, menerusi Harian Metro satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku apabila sebiji durian jatuh dan menimpa seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan dan ibunya di Felda Jengka 17, Jengka Pahang.
Kena isteri dulu baru kena anak
Durian itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak.
Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini.
Masa dukung Megat Muhammad Kays, isteri terdengar buah terjatuh lalu melarikan diri. Biasanya durian kalau jatuh, buah ini menghempap dahan lain. Kebetulan dia terdengar, jadi dia segera lari takut terkena serpihan dahan atau buah.
Bapa kepada mangsa, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin berkata kejadian telah menyebabkan kecederaan yang teruk kepada isterinya berbanding anaknya. Isterinya cedera lebam di dada akibat terkena duri durian yang seberat kurang satu kilogram. Kejadian berlaku semasa isterinya itu mendukung anaknya sambil bersiar-siar di halaman rumah.
Usah buat andaian sendiri
Tapi takdir Allah SWT dan buah itu terkena isteri dan anak. Bukan dia pergi mencari durian dan kebetulan pokok ini terletak bersebelahan rumah sahaja.
Bagi yang tidak tahu cerita sebenar, usah membuat andaian sendiri. Rumah berkenaan hanya didiami isteri dan anak saya manakala saya bekerja di Kuala Lumpur. Saya menganggap kejadian ini sebagai ujian buat kami sekeluarga.
Saya terima mana-mana pihak yang mengecam kerana mereka mungkin tidak tahu cerita sebenar. Saya ucap terima kasih kepada mereka mendoakan Megat Muhammad Kays cepat sembuh.
Dia redha dengan apa yang berlaku kerana semua ini merupakan takdir dari Allah SWT. Dia turut meluah rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang mengecam dia seolah-olah dia dan isteri membawa bayi ke kebun. Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut dan dibenarkan pulang berikutan kecederaannya tidak serius.
Sumber: Harian Metro