berita

Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Kepada Zoo Negara

November 30th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Siapa yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew, seorang yang disenangi ramai dengan kerja-kerja kebajikan yang sering dilakukannya. Sebelum ini, Ebit Lew pernah membantu golongan kurang bernasib baik dan barisan hadapan negara (frontliners) dengan menyumbangkan peralatan yang diperlukan berdepan pandemik Covid-19.

Artikel berkaitan: Sumbang Makanan Haiwan Di Zoo, Netizen ‘Speechless‘, Ustaz Ebit Lew Lagi Yang ‘Turun Padang’

Terbaru, pendakwah bebas itu telah menyumbangkan sebanyak kira-kira 200 kilogram daging kepada pihak Zoo Negara. Difahamkan, Zoo Negara berdepan dengan masalah berhubung dana dek kerana situasi yang dihadapi dunia kini.

200kg daging disumbangkan

Ebit Lew menerusi perkongsiannya di Facebook meluahkan rasa sayu apabila mendapat khabar Zoo Negara mengalami masalah dana ekoran daripada pandemik Covid-19 yang kini melanda dunia. Demi membantu pihak Zoo Negara, Ebit Lew telah menyumbangkan 200 kilogram daging segar kepada haiwan-haiwan di sana.

Sayu je rasa, dapat permintaan dari Zoo Negara kekurangan dana kerana PKP. Balik dari Kelantan semalam pagi ini terus saya ke Zoo Negara bersama bawa 200 kg daging segar. Kami juga fikir bagaimana nak bantu dana Zoo Negara dan terus maju ke depan. Hari ini saya bawa 200 kg daging.

Doakan buat Zoo Negara

Terdahulu, Ebit Lew pernah menghulurkan bantuan kepada pihak Zoo Negara dengan memberi sumbangan berbentuk makanan kepada haiwan di sana.
Comel dapat beri makan panda. Ada 2 ekor. Dapat anak 2 ekor dah hantar balik. Ini ada seekor lagi baru dapat. Sekarang semuanya ada 3 ekor di Zoo Negara. Comel kecil sangat anak panda macam anak kucing je. Panda makan. Buluh tertentu sahaja. Kuat tangannya. Bila kita hulur buluh pada panda. Dia tarik kuat betul. Main tarik-tarik tadi.
Panda suka buluh dan pilih daun-daun sedap dan lipat tebal-tebal makan. Tak sabar nanti zoo buka saya nak bawa anak-anak ke sana. Dah lama tak bawa anak berjalan-jalan. Kasihan duduk rumah je. Semoga dimudahkan semuanya. Doakan ye buat Zoo Negara. Kagum tengok makhluk Allah. Semua ada pelajaran disebaliknya.

Sumber: Ebit Lew

×