berita

Eiza Sedar Diri Tumpang Rumah Shila Amzah – ‘Saya Beli Barangan Dapur & Makanan Kucing’

November 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

EIZA SHILA

Wanita yang didakwa kekasih hati kepada adik penyanyi Shila Amzah iaitu Eiza Idanie Che Saleh menafikan dia merupakan kekasih hati kepada Amir Syafiq.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Halau’ Kekasih Adik Lelaki Keluar Dari Banglo – ‘Selewatnya Esok Sebelum Tindakan Diambil’

Artikel Berkaitan: ‘Eiza Duduk Sejak Tahun 2021, Bil Api Air Tak Bayar’ – Shila Amzah

Barang niaga rosak

shila amzah nd lala

Memetik laporan Harian Metro, Eiza menyatakan dia telah ‘dijemput’ untuk tinggal di kediaman di Hulu Langat, Selangor oleh penyanyi, Datuk ND Lala selepas mengalami kerugian besar dalam bisnes.

Dalam masa sama, kata Eiza, Amir Syafiq yang merupakan bekas pekerjanya ada berhutang namun tidak didedahkan jumlah sebenar.

Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami kerosakan yang teruk termasuk barang niaga saya rosak.

Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya.

Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.

Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu.

Bukan duduk free

eiza amir syafiq

Tambah Eiza, sepanjang tinggal di rumah terbabit, dia meminjamkan bahu untuk Fauziah Sarman bersandar dan meluahkan perasaan sedih mengenai konflik rumah tangga.

Kata Eiza lagi, dia juga mengeluarkan wang ringgit untuk menampung perbelanjaan harian keluarga Shila dan makanan kucing-kucing.

Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku.

Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah.

Dalam pada itu, Eiza berharap agar penjelasan yang diberikan ini dapat membersihkan namanya yang sudah tercalar dengan tomahan fitnah gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Shila.

Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×