berita

Ejen Insurans Dikecam Tak Sensitif, Ambil Kesempatan Isu Bunuh Diri Promosi Hibah

July 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sejak kebelakangan ini, banyak laporan cubaan membunuh diri dilaporkan media dan menurut statistik yang dikeluarkan semalam, negara merekodkan purata dua kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Artikel Berkaitan: Murung Selepas Perniagaan Gagal, Lelaki Maut Terjun Tingkat 10 Pangsapuri

Artikel Berkaitan: Diberhentikan Kerja, Dihalau Dari Rumah Sewa, Wanita Cuba Terjun Kondominium Tingkat 32

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidup Sebatang Kara, Tertekan Tiada Kerja, Lelaki Nekad Bunuh Diri

Jika dilihat senario ini, ia sesuatu yang amat membimbangkan dan risau jika ‘budaya’ ini semakin diterima dalam kalangan masyarakat sebagai solusi yang terakhir. Namun, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ‘isu’ ini dalam mempromosikan pelan perlindungan insurans mereka.

Tak sensitif

Sekadar gambar hiasan

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Megat, menceritakan taktik terbaru yang digunakan oleh segelintir ejen insurans bagi mempromosikan produk yang ditawarkan oleh mereka.

Difahamkan, mereka ini dipercayai cuba mengaitkan isu bunuh diri yang kerap berlaku supaya ahli keluarga mereka akan mendapat pampasan hibah (pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain)  selepas seseorang individu itu meninggal dunia.

Makin bertambah ramai la kes bunuh diri stress akibat PKP lama sangat. Oh yaa, untuk pampasan hibah dengan ***** untuk kes bunuh diri hanya boleh claim lepas polisi setahun dan ke atas.

Jadi apply lah awal, tak tahu PKP berapa lama lagi ini.

Menerusi mesej tersebut, dapat dilihat ejen insurans itu menjelaskan mengenai polisi yang ditawarkan oleh syarikatnya dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang itu sebelum pewarisnya menerima pampasan hibah seperti mana yang dijanjikan.

Tweet tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakan agen itu yang disifatkan sebagai tidak sensitif dan keterlaluan.

Respon netizen

Sumber: Megat

SKIP THIS AD ×