Usahawan dan pengasas baju Melayu jenama Elrah Exclusive, El Azman berasa terkejut apabila mendapat tahu ada seorang wanita yang mengaku sebagai adik dan menjalankan sindiket penipuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Pendek Raya Berjudul ‘Mak’ Lakonan KJ, Beto Kusyairy & Sharnaaz Ahmad Buat Penonton Menangis
Artikel Berkaitan: Video Penuh ‘Cinematic’, Bomba Siasat Pemilik Butik Terkenal Ingkar Arahan Masuk Premis Terbakar
Cari duta?
Menurut El atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman, 36, modus operandi penipuan yang digunakan wanita tersebut adalah mencari mana-mana individu yang ingin menjadi model atau duta jenama Elrah Exclusive. Malah, si pelaku turut mengenakan bayaran.
Enggan berdiam diri, El berkata dia sudah pun membuat laporan polis berhubung sindiket yang dijalankan wanita terbabit.
Saya dapat tahu ada seorang wanita yang mengaku adik kepada saya dan telah menipu orang ramai. Sedangkan saya tiada langsung adik perempuan, yang ada adik lelaki sahaja.
Wanita itu telah menipu orang dengan ajak sesiapa yang ingin jadi duta atau model jenama Elrah. Kononnya dia uruskan Elrah Sister. Walhal benda itu tidak wujud. Dia juga ambil bayaran untuk setiap individu yang berminat dengan tawaran itu.
Paling memeranjatkan sekali, dia siap buat pakej Umrah. Selepas saya dapat tahu perkara itu, saya buat laporan polis.
Saya ada juga berusaha untuk berhubung dan cari wanita itu, namun tidak bercaya. Difahamkan jumlah duit orang yang dia dah tipu lebih kurang RM200,000.
Sementara itu, El berkata kebanyakkan mangsa yang ditipu merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menetap di kawasan luar bandar.
Kebanyakkan mangsa yang ditipu adalah budak lepasan SPM. Mereka sanggup bayar RM800 untuk setiap seorang dan datang uji bakat yang konon mencari duta. Kalau kira-kira hampir 50 orang juga.
Kebanyakkan mangsa juga asal dari Kedah, Perak, Melaka dan Kelantan. Dia melakukan aktiviti ini di pusat beli belah. Macam tiba-tiba tahan orang awam dan berikan tawaran itu.
Terdahulu, El memuat naik sepotong video di Instagram memaparkan seorang wanita mengenakan jubah berwarna hitam yang mengaku adik kepadanya.
Kata El, tujuan dia memuat naik video tersebut supaya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak tertipu.