berita

Video Penuh ‘Cinematic’, Bomba Siasat Pemilik Butik Terkenal Ingkar Arahan Masuk Premis Terbakar

March 26th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Beberapa hari lalu, pengasas jenama butik pakaian baju Melayu, Elrah Exclusive iaitu El Azman berkongsi detik cemas apabila butik miliknya yang terletak di Bangi terbakar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Butik Elrah Exclusive Terbakar, El Azman Anggap Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian

Perkongsian tersebut bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang daripada wargamaya.

Ingkar arahan bomba?

Terbaharu, seorang pengguna di aplikasi X menyifatkan video yang dimuat naik tersebut terlalu ‘cinematic’ yang dirakam dari pelbagai sudut.

Dalam pada itu, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan beberapa pekerja butik tersebut yang dilihat masih memasuki premis berkenaan meskipun pihak bomba sedang menjalankan tugas memadamkan api.

Video penuh cinematic ini boleh menjejaskan pihak bomba kerana kegiatan seperti tiada pematuhan SOP apabila orang awam dilihat sibuk terlibat memadam kebakaran sewaktu anggota bomba sedang bertugas membahayakan nyawa semua pihak.

Susulan daripada itu, individu terbabit meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Nga Kor Ming supaya mengambil tindakan tentang isu tersebut.

Tindakan sedang diambil. Semua pihak termasuk pemilik premis wajib memberi kerjasama kepada bomba dan bukan sebaliknya.

Menerusi laporan Sinar Harian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan siasatan terhadap pemilik butik berkenaan berikutan tindakan melanggar arahan apabila dia masuk ke dalam butik pakaiannya yang terbakar meskipun sudah dihalang oleh pegawai bomba.

Dari segi keselamatan yang saya bimbang, kita tengok bomba memakai alat Pernafasan atau Breathing Apparatus (BA) sebab kita tahu bahawa bukan senang nak masuk kawasan yang ada asap.

Tetapi apabila mereka masuk itu (ia) menyebabkan (risiko) satunya kepada keselamatan mereka. Prinsip utama kita apabila kita respons kepada kebakaran adalah kita cuba menyelamatkan nyawa.

Sumber: Aplikasi X, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×