berita

Elfira Loy Mohon Doa Peminat, Harap Urusan Bersalin Dipermudahkan

May 20th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya hari ini memohon doa pada semua supaya proses bersalinnya dipermudahkan.

Artikel Berkaitan: ‘Pernah 10 Jam Dalam ‘Labour Room’ Baru Anak Keluar’ – Elfira Loy Bimbang Nak Bersalin Anak Kedua, Mohon Tips Dari Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Lompat ‘Swimming Pool’ Dengan Kasut Tumit Tinggi, Netizen Suruh Elfira Loy Sedia Hadap Kecaman – ‘Saya Dah Tua Tak Kuasa Nak Kisah’

Pohon kemaafan daripada semua

Foto: Elfira Loy

Menerusi laman Instagram Story, pelakon itu memuatnaik gambar dirinya yang memegang kandungannya dengan kapsyen pendek seolah-olah penuh debaran dan harapan agar proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan. Elfira juga memohon kemaafan daripada semua.

Saya taktahu doa siapa yang Allah akan makbulkan untuk El. Jadi el minta doa pada semua supaya dipermudahkan proses bersalin untuk El. Semoga baby keluar pun dalam keadaan smooth & sihat.

Maafkan el jika el ada buat salah.

Terdahulu, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun lebih.

Sumber: Elfira Loy

SKIP THIS AD ×