Gunung Kinabalu telah menjadi igauan ramai pendaki untuk sampai ke puncak. Siapa sangka dalam diam pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menyimpan cita-cita menyertai misi menawan puncak Gunung Kinabalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Menangis Lepas Baca DM, Ramai Minta Bantuan & Luah Keperitan Hidup
Nangis beberapa jam
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy mendedahkan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu adalah perkara paling mencabar yang dirinya pernah lakukan.
Cerita Lizzy, 29, dia mempunyai fobia terhadap kegelapan, ketinggian dan berseorangan. Namun, katanya semua itu tidak menjadi halangan untuk dia menggapai impian untuk tawan gunung tertinggi di Pulau Kalimantan, Sabah.
Mendaki Gunung Kinabalu adalah antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan. Tetapi ia sangat berbaloi.
Saya benar-benar takut dengan banyak perkara, gelap, ketinggian, bersendirian, dan banyak lagi. Sebelum saya mendaki, saya telah menangis beberapa jam hanya semata-mata memikirkan hal itu.
Tetapi saya memutuskan untuk berdepan dengan tekanan itu dan membuktikan kepada diri bahawa saya lebih kuat daripada yang difikirkan.
Paksa diri sendiri
Dalam pada itu, pelantun lagu Knock Knock akui sudah beberapa kali timbul perasaan ingin putus asa kerana tidak yakin dengan kemampuan diri.
Bagaimanapun, pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei menolak perasaan itu dan yakin dengan kekuatan mental serta hati.
Banyak kali saya rasa berputus asa dan fikir saya mungkin akan mati di atas ini namun saya paksa diri sendiri untuk mengatasinya.
Saya rasa kadang-kala saya hanya perlu percaya pada diri sendiri dan walaupun rasa tak mampu, saya perlu lawan dan pasti boleh.
Sumber: Instagram @elizabethtan