berita

Emma Memang Nak Perhatian – Zizan

January 9th, 2015 | by Wan
Kini Trending

kesiannn

Nampaknya kisah percintaan yang putus di tengah jalan di antara Emma Maembong dan Zizan Razak masih lagi menjadi bualan peminat. Mana tidaknya, hubungan yang diharapkan hingga ke jinjang pelamin berkubur setelah dua tahun menyulam kasih.

Artikel Berkaitan: Kereta Mewah Punca Emma Maembong Minta Putus

Jika semalam Zizan memaklumkan hasrat ingin memiliki kereta mewah punca Emma minta memutuskan hubungan mereka, terbaru Zizan tampil dengan kenyataan berbeza. Agaknya kali ini apa pula Zizan nak beritahu?

Zizan Akui Silap Sendiri

lakon

Menurut kenyataan terbaru Zizan kepada Berita Harian, Zizan mengakui semua yang berlaku berpunca daripada kesilapan dirinya yang jarang meluangkan masa untuk Emma.

Saya banyak buat silap dengannya dan ada kala terabai perhatian hingga membuatkan dia memendam rasa. Kesibukan kerja membuatkan saya ada kalanya tak dapat berjumpa dengannya. Biasalah wanita memang nak perhatian.

Sebab itu juga Islam letak kuasa perceraian kepada lelaki bernama suami. Jadi ia jelas menggambarkan situasi kami. Cuma kami belum berkahwin. Tapi saya mahu minta maaf banyak banyak kepada dia kerana kesilapan semua berpunca dari diri ini.

Emma Miliki Sikap Kesederhanaan

sederhana

Bergelar artis popular yang padat dengan aktiviti seni mungkin sedikit sebanyak menjejaskan hubungan antara Zizan dan Emma. Bagaimanapun Zizan berharap dapat memulihkan kembali hubungannya sambil menyifatkan Emma mempunyai sikap kesederhanaan.

Saya puji sikapnya itu. Kami sebenarnya ada berborak dan saya menyatakan keinginan untuk membeli kereta sporty. Tetapi dia tak suka saya membazir dan bermewah. Saya ini memang bab kereta akan tewas.

Saya berharap untuk kembali kepadanya. Insya-Allah akan cuba memenangi hatinya semula. Dan saya berharap orang di luar sana termasuk peminat mendoakan hubungan kami kembali bersatu.

Harap mereka berdua dapat selesaikan kemelut ini secepat mungkin dan kembali seperti sedia kala. Lagi pun Zizan sekarang masih berjuang bersama dengan kumpulan Virus di pentas Maharaja Lawak Mega 2014, takut hilang fokus je. Hehe.

SKIP THIS AD ×