berita

Endeavor Malaysia Lancar ScaleUp Kedua, Bakal ‘Latih’ Usahawan Terpilih Pacu Perniagaan

May 19th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Endeavour Malaysia mengumumkan pelancaran ScaleUp Endeavor buat kali kedua di Malaysia. Program ScaleUp Endeavor merupakan program berstruktur selama 6 + 18 bulan yang direka untuk memberi panduan kepada usahawan atau ‘startup’ dalam mengembangkan bisnes mereka.

Tunjuk ajar dari Mentor

20 usahawan terpilih akan menerima mentor tetap sepanjang program ini berlangsung bagi memberi mereka tunjuk ajar dan bantuan menerusi beberapa siri bengkel bersesuaian dengan keperluan mereka dalam mengembangkan perniagaan.

Pada program kali ini, ScaleUp Endeavor turut memperkenalkan Program Road-To-Market. Usahawan yang terpilih akan mempamerkan produk dan servis mereka kepada syarikat di bawah payung Endeavor Malaysia yang telah menawarkan diri untuk menguji, mengambil atau bertindak sebagai sebagai ‘pelabur’ kepada perkhidmatan atau produk yang disediakan oleh usahawan berkenaan.

Program ScaleUp Endeavor ini turut disokong oleh jawatankuasa khas yang melibatkan individu hebat dan ternama dari pelbagai sektor di Malaysia antaranya Board member Endeavor Lim Chern Yuan (Group CEO di Yinson), mentor Endeavor, Mac Chung Lynn (Director & Group CEO di Nando’s), Sharil Tarmizi (Senior Advisor di ASEAN Advisory) dan Endeavor Entrepreneur, Leow Wee Jonn (CEO di Photobook Worldwide).

Usahawan atau ‘startup’ yang berminat boleh mendaftar di sini atau email ke [email protected]. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Jun 2021.

Setiap usahawan yang layak memohon perlu mempunyai bisnes yang bertapak di Malaysia dan inovatif serta revenue US$486,027 (RM2 juta) setahun. Tidak lupa juga, usahawan berkenaan perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 20% YoY revenue growth.

 

SKIP THIS AD ×