berita

Engku Emran Bagi Bunga & Ucapan Istimewa Birthday Nabila – ‘Awak Sangat Istimewa Bagi Saya…’

September 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Narmeukgne

Umum mengetahui, semalam merupakan ulang tahun kelahiran kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila yang ke-36.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Artikel Berkaitan: ‘Pergi Cycling Bersama, Sertai Usrah’ – Bibit Awal Percintaan Noor Nabila & Engku Imran

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Buat Apa Dalam Kereta Engku Emran?

Menerusi Instastory yang dimuat naik, Nabila menerima banyak ucapan daripada ahli keluarga tersayang serta kenalan rapat.

Ucapan istimewa suami

Noor Nabila_Engku Emran

Apa yang menarik perhatian ramai adalah ucapan yang diberikan oleh Engku Emran, kepada isteri tercinta menerusi satu hantaran di Instagram. Engku Emran mendoakan supaya isterinya terus berada di bawah lindungan Allah S.W.T. dan menjelaskan kehadiran Nabila amat bermakna dalam hidupnya. Tidak berakhir di situ, Nabila turut menerima sejambak bunga daripada suaminya berserta satu nota pendek.

Dear your majesty. Pada beberapa tahun yang lalu, awak dilahirkan untuk berkongsi kasih dan kebaikan anda dengan semua yang berada di sekeliling anda. Semoga Allah terus memberkati awak dengan kesihatan yang baik, iman dan taqwa. Ameen Ya Rabb. Awak tahu awak sangat istimewa bagi saya dan saya sayang awak.

Nabila juga sempat memberikan respons menerusi hantaran tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

Terima kasih sayang. I love you more. Amin aminn ya Rabb

Terdahulu, pasangan ini selamat disatukan pada 19 Mac yang lalu, dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by In Safe Hands (@narmeukgne)

Sumber: Narmeukgne

SKIP THIS AD ×