Pengarah dan pelakon Erma Fatima meluahkan rasa kecewa terhadap rakyat Malaysia di laman Instagramnya (IG) apabila dipercayai program Islamik yang dianjurkan tidak mendapat sambutan penuh dari umat islam di negara ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Jadi Syaitan Bertopengkan Manusia’ – Erma Fatima
Artikel Berkaitan: Tutup Ruangan Komen, Erma Fatima Enggan Ulas Isu Babak ‘Panas’ Zul Ariffin
Takpe rugi, janji…
Menerusi hantarannya di Instagram, Erma menyatakan bahawa tidak mudah untuk menganjurkan sebuh program islamik apabila perlu mengenakan bayaran. Namun begitu, ianya tidak sama dengan menganjurkan konsert hiburan.
Dalam pada itu, Erma memuat naik video itu dengan kapsyen yang positif kepada kumpulan Raihan yang bakal menjayakan persembahan pada malam 18 Februari 2023 (esok) di Stadium Melawat, Shah Alam.
Bukan mudah untuk membuat sebuah program islamik apatah lagi berbayar. Lebih mudah membuat konsert hiburan di Malaysia ni sebenarnya.
Tak mengapa @raihannasheedofficial kita buat yang terbaik buat Allah dan Rasul malam 18 Februari ini. Kita sudah berjaya di mata Allah meskipun rakyat Malaysia tak menghargai perjuangan kita.
Erma, 54, menyatakan ianya lebih baik menampung kerugian daripada hilang reputasi kepada Allah dan Rasul.
Kapsyen yang dihantarannya itu disertakan dengan tanda pagar #DimanaOrangIslamMalaysiaAgaknya.
Cahaya Israk Mikraj merupakan konsert yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW. Program ini turut merupakan sejarah penting bagi Raihan kerana mereka bakal menggegarkan malam 18 Februari ini di Stadium Melawati, Shah Alam, menerusi konsert brskala besar, Garis Masa Raihan.
Konsert ini bakal dihadiri oleh tokoh Islam seperti Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal Bin Toha Ba’agil dan Sidi Abu Anas Abu Jaish menerusi slot khas.
Selain itu, konsert ini turut diisi dengan persembahan solo Amy Search.
Kepada yang berminat, boleh membuat pembelian tiket di www.ticket2u.com.my.
Sumber: Instagram @ermafatima