Biarpun pelakon Zul Ariffin sudah dikenakan denda sebanyak RM30,000 gara-gara memuat naik kandungan sumbang di Instagram (IG) namun isu itu masih menjadi bualan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Cakap Orang Lain ‘Malaikat’ Sebab Terlepas Hukuman, Ini Respon Erma Fatima
Artikel Berkaitan: ‘Kurangkan Makan Cili, Nanti Menggelupur’ – Zul Ariffin Perli Siapa Tu?
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Malaikat, Saya Seorang Tidak’ – Zul Ariffin
Bukan malaikat
Penerbit dan pelakon Erma Fatima mendedahkan dia menerima banyak kiriman mesej yang mengandungi kata-kata kesat akibat kontroversi melanda drama Perempuan Itu.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai teguran dari Allah, Erma, 54, menyedari kelemahan pada diri sendiri.
Kepada yang seolah Maha Mengetahui apa perancangan Allah itu tak perlulah hendak mengambil alih kerja Allah. Menyumpah sana sini, bermaki makian, tak cukup tu DM lagi saya.
Instagram saya bukan untuk itu. Saya tak ada masa nak layan. Namun terima kasih dan anda semua yang gemar memaki hamun itu saya telah maafkan.
Saya bukan malaikat, saya juga tak nak jadi syaitan bertopengkan manusia. Cukuplah sekadar menjadi seorang manusia yang pasti ada kelemahan.
Dan sudah tentu Allah menuntut saya untuk menyedari kelemahan itu dengan kerendahan hati.
Pikul tanggungjawab
Dalam pada itu, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali menegaskan dia selaku ‘orang penting’ akan bertanggungjawab dengan apa yang sudah berlaku.
Namun, dia juga berharap agar drama Perempuan Itu dapat menyampaikan pesanan berguna kepada penonton selepas ditayangkan nanti.
Sebagai penerbit, saya bertanggungjawab atas semua kelemahan produksi saya. Apa yang terjadi ini adalah pesan dari Allah khusus buat saya.
Semoga Perempuan Itu akan menyampaikan apa sesungguhnya pesan dari-Nya itu. Amin.
Terdahulu, Zul menyifatkan pihak lain sebagai ‘malaikat’ justeru dia rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam satu kenyataan media, Erma menyatakan Zul tidak seharusnya membabitkan orang lain yang tiada kena mengena dengan perbuatannya itu memuat naik video.
Sumber: Instagram @ermafatima