Penyanyi Ernie Zakri akui terkejut dengan sokongan peminat yang mahukan dia sendiri menyanyikan lagu Astana di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Ernie Zakri Dedah Nadeera Zaini Ada Mesej Untuk Mohon Maaf – ‘Kami Berdua Tersepit’
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38
Sokongan peminat
Ketika ditemui OhBulan!, Ernie berkata isu yang membabitkan lagu tersebut berjaya diselesaikan disebabkan sokongan daripada peminat sehingga wujud tanda pagar #JusticeForErnie di media sosial.
Saya sendiri tak sangka betapa kuatnya sokongan peminat saya, mereka punya semangat lain macam. Mungkin mereka sudah melihat kejadian sebelum ini yang mana ada lagu saya tidak dapat nyanyi.
Mungkin mereka tidak mahu kejadian sama berulang lagi. Disebabkan mereka juga hal ini selesai. Mereka pasti tertanya-tanya kalau bukan saya yang menyanyikan sendiri lagu Astana.
Dalam pada itu, Ernie berkata dia bersyukur diberikan peminat yang menyayangi dirinya.
Dapat peminat yang bukan sekadar minat tetapi menyayangi saya, itu adalah satu nikmat yang tidak dapa saya lupakan.
Sementara itu, disoal mengenai persiapan menuju Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38), Ernie menjawab dia perlu melakukan persiadaan yang rapi dari semua sudut.
Saya belum berfikir apa-apa lagi, tapi saya perlu study semula apa yang perlu dilakukan untuk AJL nanti. Banyak benda yang saya perlu baiki dari sudut nyanyian dan juga persembahan.
Kita lihat nanti bagaimana, saya akan berikan yang terbaik, insya-Allah.
Terdahulu, isu membabitkan lagu Astana menjadi topik bualan hangat wargamaya apabila dikhabarkan akan dinyanyikan oleh penyanyi gantian, Nadeera Zaini.