Minggu pertama Famili Duo 3 baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi yang menyaksikan pasangan adik beradik, Sharif dan Syaiful Zero dinobat sebagai pemenang Duo Terbaik.
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Teka Teki Terjawab! Sharif & Syaiful Zero Jadi Peserta Ke-6
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam – ‘Patutlah Tarik Diri Dari GV’
Hadiah RM10,000
Pada malam persembahan Sharif dan Syaiful membawa tiga buah lagu iaitu Kopi Dangdut, Ikan Di Dalam Kolam dan Ser Ser Ser. Mereka kemudian mendapat komen positif daripada pihak juri walaupun bukan penyanyi profesional.
Pasangan adik beradik itu membawa pulang wang kemenangan mingguan sebanyak RM10,000 namun dalam masa yang sama berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian hadiah tersebut kepada tabung Palestin.
Kami tak pernah terfikir untuk menang sebab saingan semua ‘power’, tapi ada terdetik kalau menang malam ini kami nak bagi sedikit sumbangan ini kepaada saudara-saudara kita di Palestin. Kami memang dah simpan niat itu.
Sharif dan Syaiful berkata demikian ketika ditemui OhBulan! seusai selesai konsert pertama program tersebut.
Ekoran kemenangan itu, duo pelawak terkenal ini juga memilih Cinta sebagai tema persembahan untuk minggu hadapan.
Bagi pemarkahan pula, mereka berjaya memperoleh markah tertinggi sebanyak 55.4 peratus mengalahkan Shila & Syahir Amzah di tangga ke dua dengan markah 49.1 peratus manakala pasangan adik beradik Ryan dan Adam Bakery di tingga ke tiga dengan markah 42.2 peratus.
Terdahulu, Sharif dan Syaiful melengkapkan barisan peserta bersama lima lagi pasangan iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad Rahmad, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah dan Adira dan Emma Suhaimi.
Untuk info, pemarkahan pertandingan ini ditentukan oleh juri tetap (70%) dan undian atas talian oleh penonton (30%).
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 3 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.