Kalau hari ni Alyah menafikan yang dia bakal berkahwin, lain pula ceritanya bila Farawahida sendiri mengaku kepada Berita Harian dalam artikel semalam yang dia akan mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.
Khabarnya, penyanyi ini ada berkongsi dengan peminat mengenai perkenalannya dengan bakal suami yang dikenali sebagai A dan bekerja di sebuah pusat kesihatan di Kuala Lumpur. Melalui laman Facebook miliknya, Farawahida memberitahu dia dan A telah menjalinkan hubungan cinta sejak 10 tahun yang lalu.
Pasangan ini juga dikatakan sedang rancak mencari dewan untuk majlis persandingan mereka dan masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk diijabkabulkan.
Hasrat Fara memang nak berkahwin hujung tahun ini sama ada Oktober, November mahupun Disember. Jadi, selepas dapat dewan barulah dapat dedahkan tarikh kahwin sekaligus memulakan proses edar kad kahwin.
Menurut Farawahida, dia dan pasangannya takkan mengadakan majlis di Kuala Lumpur memandangkan keluarganya dan keluarga bakal suami ramai berada di Taiping. Mereka seboleh mungkin mahu memudahkan sanak saudara kedua-dua belah pihak ketika majlis itu berlangsung nanti.
Harapnya Farawahida dan bakal suami dapat mencari dewan secepat mungkin untuk majlis mereka itu nanti sebab pastinya sekarang ni ramai yang tertanya-tanya nak tahu siapa bakal suami Farawahida. Kita doakan lah niat suci mereka nak membina masjid dipermudahkan.