Pelakon Niezam Zaidi menolak khabar angin yang mendakwa dia sedang dibuai cinta bersama aktres dan penyanyi Farisha Iris.
Artikel Berkaitan: ‘Niezam Zaidi Baik, Soft Spoken & Penyabar’ – Farisha Iris Selesa Berkawan
Artikel Berkaitan: Farisha Iris Hairan Timbul Gosip Putus Cinta, Masih Berkawan Baik Dengan Niezam Zaidi
Masih terlalu awal
Ketika ditemui OhBulan!, Niezam, 30, menyatakan hubungan mereka masih di tahap awal perkenalan.
Namun, pemilik nama lengkap Mohd Niezam Mohd Zaidi mengakui Farisha merupakan wanita paling rapat buat masa ini.
Ini semua hanyalah gosip. Netizen fikir kami sedang bercinta, sedangkan baru berkawan, belum tahap jalin hubungan serius.
Spekulasi mula tersebar apabila saya memuat naik gambar Farisha dan mengucapkan ulang tahun kelahirannya.
Netizen mula fikir bukan-bukan, anggap kami dilamun cinta. Namun, saya tak mampu menebaknya terlalu jauh kerana ia masih terlalu awal.
Jadi, doa baik-baik sahaja. Saya tak nafikan, Farisha antara kawan wanita yang rapat dengan saya ketika ini.
Niezam berkata demikian ketika majlis pratonton filem Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Niezam, filem Rompak turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Soal jodoh serah dekat Allah
Dalam pada itu, pelakon drama Cindai memilih untuk lebih berhati-hati dalam menjalin hubungan percintaan disebabkan kisah lampau. Enggan terlalu terbuka bercerita, pelakon kontroversi ini menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Lagipun, kerjaya seni saya sedang berkembang baik, ketika ini.
Saya juga ada masa bersama keluarga dan terus mengukuhkan trek seni.
Cuma, soal hati atau jodoh, saya tiada kuasa menentukannya. Bagi saya, kalau ada jodoh, tak ke mana.
Sebelum ini, Niezam berkongsi foto berdua sempena hari lahir Farisha yang ke 23 tahun pada 25 April lalu. Manakala, pelantun lagu Tak Malu memuat naik video momen keluar bersama di akaun TikTok.
Pada tahun 2020, Niezam mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama aktres Nonny Nadirah tidak kesampaian kerana mereka mengambil keputusan untuk berpisah.
Sumber: Instagram @niezamzaidi