Berita gembira kehamilan Fasha Sandha yang sepatutnya disambut dalam suasana gembira telah dicemarkan dengan pertikaian daripada beberapa pihak yang seakan ‘cari pasal’.
Disebabkan itu, Fasha Sandha melalui kenyataannya kepada Utusan Malaysia melahirkan rasa kekecewaannya kerana tindakan pihak berkenaan yang cuba menabur pelbagai fitnah yang tak masuk akal.
Fasha Sandha berkata pernikahan adalah satu perkara yang serius dan dia telah berbelanja besar untuk mengadakan majlis pernikahan tersebut dengan dihadiri oleh keluarga serta pihak media.
“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu.”
Pada masa yang sama, Fasha Sandha turut melahirkan rasa pelik apabila berita pengumuman suaminya, Jejai yang dilantik sebagai pemandu untuk pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia dikritik oleh pengikut di laman Twitter, semalam.
“Pelik benar today. Lepas je I tweet few pics Lamborghini launch dengan hubby I, ada manusia tu tweet i bukan-bukan, mengata I macam-macam. I tak faham kenapa? This is very unhealthy. Kalau rasa sakit hati tengok pics kat twitter page I, jangan la follow I. This is my twitterland, I taknak layan lagi unhealty tweets in the future. Thanks :)”