Semalam, pelakon Aidil Aziz memaklumkan bahawa isterinya, Fasha Sandha kurang sihat dan mengalami muntah selama beberapa hari.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Nak Anak Lelaki, Berhasrat Untuk Jalani IVF
Badan lemah
Menerusi hantaran di Instagram, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz memuat naik video keadaan Fasha yang agak lemah dan sedang mendapatkan rawatan.
Pelakon berusia 36 tahun itu turut mendedahkan anak-anak sedih melihat keadaan ibu mereka yang agak lemah.
Disebabkan sering muntah, Fasha juga sudah kehilangan berat badan sebanyak 2 kilogram sehingga terpaksa masuk air.
2, 3 hari ini ibu selalu muntah-muntah, anak-anak sedih. Badan lemah, berat dah hilang 2kg jadi kena masuk air dan ubat tahan muntah.
Sebelum nak pergi shooting makan dulu isi perut.
Dalam pada itu di Instagram Story, Aidil turut mendedahkan Fasha tetap fikir tentang anak, suami dan pekerjanya, malah tetap meneruskan shooting walaupun dalam keadaan yang tidak sihat.
Sakit mcm mana pun tetap fikir pasal makan suami, anak dan pekerja. Tetap fikir pasal taknak tangguh dan hutang adegan, tetap fikir pasal kerja. AD suruh balik semalam tapi tetap tunggu juga sebab nak sambung shoot. Komitmen seorang Fasha Sandha.
Tambah pelakon drama ‘Suara Hati’ itu lagi, keadaan isterinya sudah semakin baik dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan serta mengambil berat tentang Fasha.
Alhamdulillah.. Fasha semakin pulih. Terima kasih semua
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram