Sejak minggu lalu, nama pelakon Fathia Latiff sering kali menjadi bualan ramai pihak kerana dia sering menimbulkan kontroversi.
Terbaharu, Fathia sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia menyifatkan penyanyi rap, Caprice seorang yang kurang ajar ketika membuat ‘live’ di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Jumpa Psikiatri..Saya Bukan Depresi, Cuma Stres’ – Fathia Latiff
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Cintakan Dia, Cuma Ada Dendam’ – Fathia Latiff
‘Banyak potong klip video’
@murahrezekiisoofiyya Caprice interview ai.. Kuang aja caprice tu! #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypviral? #fypviraltiktok????? #fypdongggggggg #fypdong #fypdonggggggg #fathia #fathialatif #fatiyalatiff #fathialatiffzarinaanjoulie #fathialatifflivegaduh
? original sound – MurahRezeki Soofiyya – MurahRezeki Soofiyya
Menerusi hantaran di TikTok itu, kelihatan Fathia sedang berbaring sambil memberi komen terhadap rancangan podcast yang dilakukannya bersama Caprice pada minggu lepas.
Sewaktu ‘live’ tersebut, pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa Caprice hanya memuat naik video yang kelihatan dirinya bodoh.
Apa yang membuatkan Fathia tidak berpuas hati adalah Caprice bertanyakan soalan yang mencetuskan kontroversi dan tidak memuat naik keseluruhan video temu bual tersebut.
Tiba-tiba kau nak datang, kau cakap alah kitorang nak temu bual sekejap sahaja. Aku tahu sangatlah si apek (Caprice) tuh.
Si apek (Caprice) tuh bukan betul sangat pun. Kejap lagi tanya soalan sebab itu makanan dia. Nanti tanya soalan-soalan anjir. Selepas itu, muat naik video yang nampak kita bodoh saja.
Adakah dia muat naik keseluruhan video? Takkan? Dia banyak potong klip video kan, kurang ajar Caprice itu. Dia muat naik video yang dia nampak okay saja, yang saya lawan dia balik, tiada pula dia muat naik.
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Ariana Rose’ itu sempat memerli individu yang dikatakan membuat gigi taring untuk menjadi sepertinya.
Malah, Fathia juga melabelkan wajah individu tersebut seperti pengemis di Turkey.
Perasan tak ada perempuan ini buat gigi taring buruk gila, dia ingat cantik lah tuh, gigi taring i natural. Perempuan tuh nak jadi macam saya.
Dia selalu cakap yang saya nak jadi macam dia. Muntah darah kalau kau lawa tak mengapa. Ini muka macam pengemis Turkey.
Sumber: TikTok