Nama pelakon Fathia Latiff tidak pernah menyepi selepas kontroversi menyamakan aktres, Zahirah MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Bercuti Dengan ‘Boyfriend’ Di Jepun – ‘Dia Dekat Bilik Sebelah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Buka Pekung Zarina Anjoulie? – ‘Dah La Kau Pernah ‘Tut’ Dengan Ismail Izzani’
Lelaki cium pipi
Terbaru, hantaran Fathia di Instagram (IG) kembali panas selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki ketika bercuti di Jepun. Pelakon berumur 36 tahun dilihat ‘berani mati’ memuat naik foto dicium di pipi oleh jejaka yang tidak diketahui identiti.
Kapsyen ringkas juga ditulis yang membawa maksud jantung hati.
Meskipun pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff menutup ruangan komen namun rata-rata netizen ‘serbu’ di hantaran lain. Warganet meluahkan rasa kesal melihat perbuatan pelakon drama Ariana Rose yang tanpa segan silu menayang kemesraan dengan lelaki bukan mahram.
Selain itu, mereka menyifatkan Fathia tidak matang serta terlampau ‘try hard’ untuk mencuri perhatian orang ramai.
Sebelum ini, nama Fathia hangat diperkatakan warganet selepas mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan mengatakan dia lebih lawa.
Selain itu, Fathia bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza kerana didakwa tidak memiliki wang.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram pada pertengahan Disember lalu.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
Sumber: Instagram