Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan yang mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan terbaharu dengan pempengaruh, Aliff Awang.
Artikel Berkaitan: Isu Ibu Bapa Pertikai Anak Dapat Duit Raya Sikit, Fatin Afeefa Luah Rasa Geram – ‘Haram Guna Duit Anak’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa ‘Sindir Halus’ Geng Tolak ‘Stroller’ Ke Bazar Ramadan – ‘Terdedah Dengan Virus, Sesak Nafas Bau Asap’
Sudah bersalin?
Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, berkata dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu apabila sudah tiba masa yang sesuai.
Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga.
Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat ini.
Fatin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan kulit jenama L.Soulle yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Pada majlis sama, Fatin turut diumumkan sebagai duta jenama L.Soulle.
Terdahulu, timbul desas desus mengatakan Fatin sudah selamat bersalin. Bagaimanapun tiada kesahihan mengenai berita tersebut.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Pensijilan halal
Untuk info, L.Soulle adalah jenama produk kecantikan penjagaan kulit yang bebas daripada bahan berasaskan haiwan dan ia berasal dari Korea.
L.Soulle dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea dan antara produknya terdiri daripada lima jenis iaitu Moisturizing Miracle Mist Toner, Serum, Moisturizing Cream, Sunscreen dan Sun Cushion.
Produk Mist Toner dan Sun Cushion telah dipilih sebagai produk terbaik di anugerah ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan nombor satu Korea, ‘Hwahae’ dan turut menerima anugerah.
L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.
Pada masa yang sama, turut memperoleh pensijilan daripada British Vegan Society dan telah mengembangkan pasaran ke pasaran Inggeris dan Amerika melalui platform e-dagang, Amazon.