berita

Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’

December 31st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Fatin Afeefa dan pilihan hati, Aliff Awang sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup, semalam.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa & Jutawan Dah Nikah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Momen Sarung Cincin, Fatin Afeefa & Kekasih Jutawan Dah Bertunang?

Assalamualaikum sayang

@fatinafeefa8Kunfayakun. Assalamualaikum sayang ?? suara asli – justme

Terbaru, Fatin mengesahkan berita pernikahannya dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan momen majlis pernikahan yang berlangsung serba mewah di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Dalam video tersebut, terserlah senyuman kebahagiaan di wajah aktres berumur 28 tahun selepas menempuh pelbagai onak duri, duka dan air mata yang mengalir.

Dengan berlatar lagu yang berjudul Hingga Tua Bersama nyanyian Rizky Febian, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin menulis kapsyen ringkas, “Kun Fayakun. Assalamualaikum sayang.”

Sepadan sangat

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan keputusan pelakon filem Tentang Bulan yang memilih untuk tidak menghebahkan kepada umum.

Selain itu, warganet juga tumpang gembira dan mendoakan agar perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.

Sebelum ini, Fatin dan Aliff difahamkan mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×