berita

Fattah Amin Menang Anugerah Buku Paling Popular 2017, Netizen Tak Puas Hati

May 3rd, 2017 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2017-05-02 at 11.37.16 PM

Buku Fattah Amin, 99 Kata-Kata #QalifModen dinobatkan sebagai Buku Paling Popular di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Biarkan menerima kritikan hebat diawal pelancaran buku tersebut, ianya tidak melunturkan semangat Fattah Amin untuk terus berkarya.

Terima kasih peminat

Screen Shot 2017-05-02 at 11.49.37 PM

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah swt.

Hari ni saya telah dimurahkan rezeki sekali lagi dengan Anugerah Buku Negara, Buku Popular. #99KatakataFattahAmin #QalifModen.

Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. With you guys, you made my days easier and make me more positive in facing everything that comes my way.

Deep in my heart, korang semua memang truly are #Fattahrians, sangat #fantastic, dan memang my #motivators yang terus buat saya tabah dan positif dalam melalui cabaran seni ini.

Korang yang dimaksudkan ialah SEMUA FANS saya tak kira di mana jua anda berada!

Fattah sayang anda semua.

Namun menerusi media sosial, netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penganugerahan ini. Jika dinilai dari segi kualiti, dakwa mereka ada buku lain yang lebih layak.

Untuk rekod, buku Fattah Amin pernah beberapa kali tersenarai di dalam carta ‘Best Seller’ di beberapa buah kedai buku di Malaysia. Jadi tak mustahil lah dia menang. Terbaru, Fattah Amin tampil dengan novel pula. Ada yang dah beli ke?

Sumber : Instagram

SKIP THIS AD ×