berita

Fauziah Latiff Ada Kekasih Baru?

May 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

fauziah-latiff

Pada bulan Disember tahun lalu, Fauziah Latiff pernah menafikan yang dia telah berkahwin secara diam-diam dengan seorang VIP dan mengakui sedang solo ketika itu.

Namun baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu suatu masa dulu telah memuat naik gambar bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasih barunya.

Salah satu gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram Fauziah Latiff mempunyai caption ‘Soulmate’. Hmm apa lagi yang dapat kita fikirkan dari caption itu kalau bukan mereka sedang menjalin hubungan cinta kan?

Teman lelaki Fauziah Latiff

Setakat ini kami belum pasti lagi siapakah gerangan lelaki itu. Boleh jadi dari keluarga kerabat, boleh jadi orang seni, boleh jadi usahawan berjaya atau mungkin sahaja lelaki biasa yang cukup memahami Fauziah Latiff kerana penyanyi itu nampaknya sungguh bahagia.

Seronok melihat kebahagian penyanyi pujaan mereka, peminat-peminat Fauziah latiff juga turut memberi komen positif dan mendoakan yang terbaik dalam hubungan mereka.

Untuk pengetahuan umum, Fauziah Latiff pernah bercerai sebanyak dua kali sebelum ini dan perceraian keduanya terjadi pada 2007. Selepas 10 tahun hidup bersama, Fauziah Latiff bercerai dengan Johan Indot dan mereka berdua diberi hak penjagaan bersama ke atas dua anak mereka, Jeffri Joaquim Indot dan Jeremy Jay Indot.

Jika benar ini kekasih baru Fauziah Latiff, kami harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya.

Dengan itu, kami sertakan gambar yang dimaksudkan itu di bawah ini.

SKIP THIS AD ×