Bekas isteri penyanyi veteran, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman menyelar tindakan seorang warganet yang didakwa menghina status dirinya sebagai janda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Tahu Juga Bila Tarikh Tepat Berkahwin’ – Fauziah Sarman Tak Maafkan ND Lala & Siti Munirah
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Nafi Dakwaan ND Lala, Setuju Untuk Bermadu Dengan Syarat – ‘Tak Nak Ambil Tahu Mengenai Siti Munirah’
Komen yang memalukan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fauziah menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang melampau kerana turut melemparkan kecaman terhadap keluarganya.
Masuk IG saya kata saya dan anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami!
Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini.
Dalam pada itu, Fauziah turut mempersoalkan apa maksud musibat yang dilontarkan individu terbabit.
Apa maksud musibat ye? Mertua bekas suami saya orang Melaka, saudara mara ‘penyondol’ itu ke?
Untuk info, Fauziah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya menerusi lafaz cerai yang dilakukan penyanyi itu pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: Instagram Fauziah Sarman