Bekas isteri kepada penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendakwa bekas suaminya sudah bertahun tidak bekerja dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala
Artikel Berkaitan: ND Lala Nafi Disihir Isteri Muda, Jawab Isu Anak Lelaki Curi Kereta – ‘Satu Malaysia Dah Benci Saya’
Tak kerja, habiskan duit anak
Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah juga mendakwa bekas suaminya itu banyak menghabiskan masa dengan bermain golf bersama isteri baharunya, Siti Munirah.
Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami (isteri) diusik. Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan.
Cerminlah diri, bertahun-tahun anda (ND Lala) tidak bekerja, bertahun-tahun pagi petang main golf dan berpoya-poya dengan isteri baru.
Dalam masa sama, Fauziah mahu bekas suaminya sedar bahawa sumber kewangan dan kesenangan yang dinikmati selama ini adalah hasil titik peluh anak sulung mereka iaitu penyanyi Shila Amzah.
Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya, tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak.
Sementara itu, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia tiada niat untuk untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun percaya kebenaran akan terbukti apabila tiba masanya.
Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.
Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada, tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya.
Sumber: Instagram