Sebelum ini, penyanyi veteran era 80-an, Datuk ND Lala berharap orang ramai berhenti memanggil isterinya, Siti Munirah dengan gelaran ‘penyondol’.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Minta ND Lala Sedar Diri, Dakwa Bertahun Tak Kerja Tapi Asyik Habiskan Duit Shila Amzah
Tetap penyondol
Bagaimanapun, bekas isteri kepada ND Lala iaitu Fauziah Sarman menerusi hantaran di Instagram berkata, dia enggan menarik balik gelaran tersebut dan akan terus menggelar Siti Munirah sebagai ‘penyondol’.
Soal Fauziah, sekiranya bukan gelaran tersebut, panggilan apakah yang lebih sesuai untuk wanita terbabit yang didakwa menjadi punca kehancuran rumah tangganya.
Saya takkan tarik balik gelaran penyondol untuk budak ni (Siti Munirah). Kalau bukan penyondol nak panggil apa ya?
Terdahulu, Fauziah menerusi satu coretan panjang lebar di Instagram miliknya tampil meluahkan kepedihan dan kesan yang masih ditanggung biarpun sudah bercerai dengan bekas suami pada 2 Ogos lalu.
Dalam coretan tersebut, ibu kepada penyanyi popular Shila Amzah itu menafikan dirinya masih belum ‘move 0n’ dengan apa yang menimpa rumah tangganya.
Malah, Fauziah turut mendedahkan perangai bekas suaminya dengan mendakwa penyanyi itu telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain tidak memberikan nafkah kepadanya.
Mengejutkan lagi, apabila Fauziah mendedahkan ND Lala sudah bertahun tidak bekerja dan hanya menghabiskan duit hasil titik peluh anak sulung mereka, Shila.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.
Pasangan yang sudah hidup bersama selama 34 tahun ini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Sumber: Instagram